Monday, February 14, 2011

Semua tentang pokok pokok dan haiwan ternakan aku

Ingin aku kongsikan bersama kepada sesiapa yang sudi...bukan nk menunjuk rumah ku cantik ke apa ker...aku tak kisah sgt semua tu yg penting aku dapat memanfaatkan segenap ruang yang ada.baik di halaman depan rumah atau pun di belakang rumah...

rumah yg kami beli lepas kawin hanpir 4 tahun.rumah ni kami beli dr kategori rumah lelong bank. blh la tempat pun strategik dan nyaman.jiran2 pun wat hal masing2.tak suke jaga tepi kain org.tp yg pastinye kalu jumpe kt memana jiran2 aku stil senyum.tu jelah..takde gosip2 antara jiran aku mmg seronok.rasanye kalu nk pindah pun aku rasa susah nk dpt kejiranan mcm ni. 1 Malaysia la katakan..jiran kiri India Kanan Cina depan Cina belakang Melayu.

Meh la melawat sekitar rumah ku yg tak seberape ni...





pokok bunga kul 10pg.tp ni aku ambik gmbr dh kul 6 ptg.bunga pun dh layu.
pokok ati2 tu aku tanam kononnya nk buat pagar rumah.maklumlah tak renovate lg.jiran aku kanan cina kiri india.mesti dia geram tgok pokok ati2 umah aku.kata hubsn aku kalau blh buat sayur dh blh petik tu...



pokok-pokok herba dan ulam2man pun aku ada tanam.mcm pokok daun sup,pokok daun bawang, pokok ulam dan pokok cili.kt luarpagar rumah aku tanam pokok serai, dauk kesum, pokok limau purut (senang nti kalu nk masak tom yam), pokok pandan dan pokok selasih (tuk wat masak bubur lambuk).ada juga pokok daun kari dan pokok kunyit yg aku tak terlupe nk ambk gmbr.yg pastinya semua pokok2 ni segar dan gemuk2.sebab tiap masa aku baja dan siram.



oleh kerana harga sayur kt luar tak menentu aku pun berjinak2 tuk tanam pokok kangkung dan sayur raja.dh sebulan lbh pokok kangkung tu idup.aku pun dh 3 kali buat sayur.kalu teragak nk mkn kangkung petik jer..paling suke tgok kangkung tu gemuk2.



ini akuarium yg aku reka dengan en suami.kitaorg pakat nk belikan akuarium ni tuk husna dan adiknyer dan berjanji tugas mencuci akuarium ni kene bergilir2. memangla nampak cantik tapi nk menjaganye tu kene ada kerajinan.semua bahan hiasan dlm akuarum ni en suami ambik kt paya di kampung termasuk kayu dan rumput dan ikan2 hiasan yang lain beli je.ada kisah disebalik akuarium tu.sebelum ni aku bela ikan Majlis.ikan tu melekat kt cermin.anak aku Husna memang takutkan cicak.tu yang bila ikan tu melekat kt cermin dia kata CICAK AIR..



Dan yang ni Burung Puyuh...sejak sebulan yang lalu kami dh pindahkan penternakan burung puyuh kami kt rumah teres ni...haha...padan muke jiran2 aku.eh tp mmg aku jaga betul2.tiap2 hari cuci reban dia.takut nti org komplen la pulak. lg pun burung ni senyap tak mcm ayam pg2 dh berkokok.ni hanya baka puyuh sahaja.yg anak2 tu kami hantar blik kg.sebab kt rumah cuma tuk menetaskan puyuh je.tu yg kerje aku kutip telur puyuh hari2.

seronok tgok binatang2 dan pokok2 yang aku tanam keliling rumah.bila tgok ni semua..hilang tansion dan kesibukan di bandar.nilah masa2 yg aku manfaatkan bila duk umah.rasanya bila dh keje nti mesti tak de waktu bg aku lg nk menanam.paling tidak pun hanya menjaganya sahaja..

sekian..kt dlm umah tak perlu lg kot...masih belum ada perubahan...tunggulah sedikit masa nti.

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...